Bersalin di PPUM

Bismillah, Allahumma solli ala Muhammad,

Syukur dikurniakan tubuh yang sihat dan sempurna, dipinjamkan suami yang tidak merokok, dan 3 puteris yang comel, sihat dan pintar.

Adakala kita terlupa nak senaraikan apa yang kita syukuri. Sampaikan kita mungkin jadi insan yang kufur. Nauzubillah. Allah dah berfirman dalam KitabNya, 'sekiranya kamu bersyukur maka akan Aku tambah lagi nikmat atasmu, tapi jika kamu kufur-sesungguhnya azabKu amat pedih'.

Sebagai manusia memang ada waktunya kita sangat sedih dengan sesuatu ujian hingga kita terlupa yang terlalu banyak lagi nikmat yang terlupa nak kita syukuri. Kita akan lebih fokus pada ujian tu, dan berdukacita, marah dengan ujian.

Panjangnya muqaddimah. Hari ni terdetik nak share pengalaman kakSS bersalin 3 kali di PPUM. Bagi yang baru kali pertama nak melahirkan, kakSS suggest korang pergilah survey ke mana-mana hospital sama ada government, semi-government atau swasta. Semuanya bergantung pada poket, minat, keselesaan, risiko kehamilan, jarak dari rumah dan lain-lain.

KakSS pilih PPUM sebab masa tu kami tinggal di Bukit Angkasa, Pantai Dalam. Nearest hospital memang PPUM. Syukur sebab PPUM ni semi-gov. Bagi korang yang kerja gov, kos rawatan di PPUM akan jadi percuma. Tak tahulah kalau ada bayaran pun, rasanya pada kadar minima .

Sebelum pilih PPUM, kakSS dah paksarela cikAbam pergi ke beberapa hospital kat KL ni. Masa tanya kat kaunter, kakSS tanya sekali, what if emergency ceaser? Mostly memang RM 8,000 ke atas. So bincang dengan cikAbam dan memikirkan faktor jarak, what if nak terberanak masa peak hour, jalan super jammed.. so kami decided untuk pilih PPUM.

Walaupun masa tu PPUM tak benarkan suami temani isteri kat Labour Room, ward pun 4 orang satu bilik, tapi kakSS yakin, tanpa suami ketika sakit di Labour Room, akan buatkan kita lenih kuat dan kental jiwa. Ecehhhh...Bermalam di ward pulak, memang sesetengah situasi membantu. Tapi kalau tak ada katil untuk orang teman, kesian orang teman tidur atas kerusi. Buat sakit badan je.

Since cikAbam dapat tidur lena kat rumah, kakSS paksa cikAbam datang melawat seawal waktu melawat dan balik selewat waktu melawat tamat dan kena halau. Hihi. So far tak pernah lagi kena halau. Hihi. 

Untuk kebenaran balik, hanya lepas doktor buat lawatan pagi, dan segala dokumen siap. Dalam jam 11pagi tu cikAbam dah boleh refer ke kaunter Jururawat untuk dapatkan bil dan buat pembayaran di lobi. Dah bayar bolehlah say bye bye to jiran satu ward. Hihi.

PPUM ni ward antenatal dan postnatal berbeza. Jadi bagi ibu-ibu yang nak packing beg untuk bawa ke hospital, kakSS sarankan untuk asingkan beg prenatal ada telekung, beg postnatal ada baju baby, wipes, pad, disposable panty etc.

Untuk parking, boleh parking di basement Kompleks Wanita dan Kanak-Kanak, atau nak parking di tempat parking bertingkat seberang Menara Selatan. Tak jauh sangat pun, tapi jenuh la menapak. 

Nanti kakSS share pulak pengalaman lain di PPUM ni ye. Overall kakSS puas hati je dengan layanan dan harga  (sebab bukan hakak yang bayo 😂). Dan kakSS recommend bagi korang yang nak merasa pengalaman bersalin diPPUM.


So far, 3 episod bersalin di PPUM tak ada pengalaman ngeri. Dengar pengalaman orang lain ada laa...

Tata, nanti kakSS menaip lagi ye. 

Comments

Popular Posts