Cara Mengatasi Kencing Manis semasa hamil

Korang pernah minum air gula di klinik semasa hamil? Biasa nurse sebut MGTT. Air gula tu tidaklah seram, cuma kepekatan gulanya membuatkan ibu-ibu tak suka dengan rasa manisnya.

Masa hamil anak sulung 2013-2014, kekMa kena minum 2 kali. Syukur masa hamil anak ketiga, kekMa cuma perlu minum air gula sekali sahaja. Seronok bukan kepalang. 😂 Low risk katanya.

MGTT adalah ujian toleransi glukos. Nak tengok tindak balas darah terhadap pengambilan gula. Ibu perlu puasa dari jam 10malam, ambil darah ketika berpuasa pada jam 8pagi, minum air gula, dan selepas 2jam ambil darah selepas minum air gula dan baru boleh makan 😂


Kenapa kena minum air gula ni?
Dengan hasil ujian darah ni, doktor boleh kenal pasti ika ibu mengalami kencing manis semasa hamil (Gestational Diabetes Mellitus -GDM) atau tidak. GDM ni adalah kencing manis bagi mereka yang pertama kali kena kencing manis semasa hami.

Bagaimana GDM terjadi?
Ketika hamil, plasenta akan menghasilkan satu hormon yang membantu tumbesaran bayi. Hormon ini menyebabkan sel ibu menjadi kalis terhadap insulin. Oleh itu, pankreas ibu akan menghasilkan lebih banyak insulin agar untuk mengatasi masalah kalis insulin. Jika pankreat gagal menghasilkan insulin secukupnya, paras glukos dalam darah akan meningkat, dan terjadilah GDM.

Siapa yang berisiko terhadap GDM?
Ibu yang lebih berisiko terkena GDM adalh golongan berikut:
💐 berat badan sebelum hamil >80kg
💐 bacaan BMI >30
💐 usia lebih 35tahun
💐 pernah mengalami GDM
💐 pernah melahirkan bayi >3.5kg
💐 kehamilan kembar
💐 mempunyai sejarahkencing manis dikalangan keluarga

Bahayakah GDM ini?
Kebanyakan ibu akan bebas daripada kencing manis selepas melahirkan. Namun, jika tidak dikawal, ia mungkin membawa masalah lain.

Kesan kepada ibu
👠 pre-eklampsia iaitu darah tinggi dan lebihan protien dalam urine selepas 4bulan hamil
👠 jangkitan pada faraj
👠 jangkitan pada luka yang lambat baik
👠 risiko terkena diabetes type 2

Kesan kepada bayi
👶 bayi meninggal dalam kandungan
👶 bayi bersaiz besar ketika lahir (risiko kelahiran ceaser)
👶 hipoglisemia (insulin yang dihasilkan banyak, jadi bayi mungkin mengalami kekurangan gula selepas lahir 》 NICU)
👶 jaundis
👶 mengalami obesiti apabila semakin membesar

Bagaimana mengawal GDM?
GDM boleh dikawal  dengan permakanan yang rendah kalori, dan rendah gula tambahan. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran juga penting. Malah ibi hamil juga digalakkan untuk melakukan senaman ringan bagi ibu ,mengawal masalah GDM.

Menurut Dr Zubaidi dalam blognya, mereka yang mengalami kencing manis digalakkan mengambil makanan yang mempunyai indeks Glisemik yang rendah. Ini kerana ia mengambil masa yang lama untuk bertukar dalam bentuk glukos dalam darah.

Oleh itu, kekMa sarankan agar ibu mengamalkan pengambilan Energising Soy Protien yang mempunyai indeks glisemik 39. Bahkan pengambilan set hamil juga penting untuk menampung keperluan nutrisi ibu dan bayi.

Kenapa ESP?
ESP adalah minuman soya yang rendah lemah, bebas kolestrol, dancranpa laktosa. Dengan GI rendah, ia membantu menstabilkan kadar gula dalam darah. Satu canister ESP iaitu 850gm, dihasilkan daripada 30kg kacang soya tanpa GMO, yang dibersihkan dengan air.


ESP membekalkan 9jenis asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Malah penyediaannya juga dikawal oleh IPP yang memastikan ia bebas daripada perubahn genetik.

Berbeza dengan produk soya lain, biasanya soya yag digunakan adalah soya GMO (lebih murah), mempunyai kadar gula yang lebih tinggi, mugkin juga pembersihannya menggunakan alkohol yang menghapuskan isoflavon dalam soya.

Alhamdulillah 3 kali hamil, kekMa mengamalkan set hamil Shaklee untuk menampung keperluan nutrisi kekMa dan baby. Syukur kerana kekMa tidak mengalami masalah kesihatan, baby juga lahir dengan sihat, dan gebu.

Bagaiman nak dapatkan?
Ibu boleh hubungi kekMa terus dengan klik link dibawah:

Whatsapp: 0186603207
Facebook: Nur Hasyimah
Page: Arissa VitaShoppe
IG: syima.shaklee

KekMa doakan ibu-ibu mendapat manfaat. Jika ada kawan-kawan yang perlukan ilmu ini, kongsikan ya. Semoga ibu dapat menjalani tempoh kehamilan yang sihat dan ceria.

Salam sayang,
KekMa anak 3 💖

Comments

Popular Posts