Doa penting sewaktu hamil

Bila nak bersalin, ibu ayah sibuk siapkan keperluan bayi dan ibu yang bakal berpantang.

Pengalaman puanS bersalin anak sulung agak mengerikan. Walaupun puanS dah buat pembacaan, tapi ternyata pengalaman setiap individu berbeza.

Anak sulung puanS lahirnya disambut doktor lelaki bukan muslim. Doktor itu juga menjahit luka perineumnya. Luka perineum pula tahap 2. Malu bukan kepalang. Malu sangat !

Kehamilan kedua, puanS belajar!
Beliau mengubah strategi!
Doanya mesti lebih spesifik!

Doa baru puanS:
✔ baby lahir sihat, cukup sifat
✔ baby keluar ikut pintu, pada masa yg sepatutnya
✔ lahir semasa office hour
✔ dapat doktor Muslimah
✔ tiada koyakan perineum

Allah Maha Mendengar kan? Allah Maha Baik kan?

Bayi kedua puanS lahir sewaktu semua doktor pelatih lelaki keluar beli juadah berbuka. Alhamdulillah doktor dan nurse muslimah cantik manis yang menyambut kelahiran bayinya. Koyakan perineum juga tak banyak.

Begitulah kuasa doa! Sebab itu kita perlu doa secara spesifik. Berdoalahhhh.

Allah sentiasa mahu kita minta dariNya. Tapi kita yang selalu sombong. Cuba minta. Haaaa kan dapat?


Gambar hiasan

Comments

Popular Posts