Tips layan anak lepas kerja, ibu penatlahhh!
Pagi2 lepas drop anak di rumah Kak Ogy, cikAbam drop kekMa di LRT Bangsar, dan kekMa akan turun di stesen Sri Rampai, dan menapak lagi 10minit menghala ke D'Wangsa.
Nak balik pun menapak dari office ke LRT Sri Rampai dalam 10minit (makyong jalan laju mana sangat kan?) dan turun di stesen Kerinchi. Kemudian mula menapak lagi seberang jejambat menghala ke Taman Bukit Angkasa.
Biasanya bila dah sampai di sekitar AEON Big Bangsar South tu kekMa dah lega dah. Rasa macam tak jauh dah nak sampai rumah. Sebab jejambat antara bangunan LRT dan Bangsar South tu agak panjang.
Biasanya kekMa akan terkenang pesan mak, 'banyakkan berzikir'. Ohhh ya, mungkin berkat zikir sepanjang jalan tu, proses bersalin Aisyah lebih mudah, dapat doktor perempuan muda, cantik lagi. (Lari topik dah ni)
Tengok jam di handphone dekat jam 7, 'abang mesti risau'. Sebab dulu kekMa tunggu cikAbam dengan Arissa. Sekarang cikAbam tunggu kekMa dengan Arissa. So, perasaan menanti tu, faham dah.
Memang dalam minda terkenang anak nan seorang tentu terkinja menyambut kepulangan ibu. Badan memang letih, kandungan makin hari makin sarat. Kerja makin hari makin banyak. Tapi syukur setiap hari, kekMa balik, kekMa masih bertenaga untuk melayan dam bermain dengan Arissa.
Macam mana kekMa kuat sangat? Tak penat ke? Penat. Tekanan kerja memang berbeza sangat dengan tempat kerja di KL Sentral dulu. Jadi kali ni kekMa nak kongsi mana datang energy dipenghujug hari tu.
1) mind set
KekMa biasanya akan cakap pada diri kekMa atau dengan setkan minda bahawa, kerja tadi melayan tuntutan tanggungjawab di ofis. Sekarang balik rumah nak melayan tuntutan di rumah. Alhamdulillah cara ini membantu membuat kekMa rasa segar dan bertenaga.
2) bayangkan wajah anak
Walaupun kekMa penat menapak, tapi sebelum tiba, kekMa akan bayangkan muka Arissa, tarik nafas dalam-dalam dan senyum. Dan sebut pada diri, 'dia rindukan aku, aku mesti layan dia dengan baik'.
3) kerja di office, rumah untuk keluarga
KekMa punya satu pendirian, iaitu urusan kerja tak boleh keluar sari pejabat (sebab ni tak pernah naik pangkat 😅) kekMa lebih suka punya masa yang exclusive untuk insan kesayangan di rumah.
4) belikan hadiah
Sebagai ibu bekerja, kekMa memang suka beli macam-macam untuk anak. Kadang beli kek, konon je untuk anak, tapi ibu yang ngap. Hihi. Masa tu dia belum setahun lagi.
5) zikir dan doa
Sepanjang perjalanan kekMa zikir 'laa haulawala....' mohon Allah beri kekuatan, sambil doa kesihatan yang baik untuk kekMa, dan mudah bersalin, dan dapat doktor perempuan.
6) makanan tambahan
Memandangkan kekMa hamil, memang kekMa ambil supplement untuk kehamilan kekMa. Alhamdulillah kekMa tidak mengalami alahan teruk atau masalah kesihatan. Alahan tu, ikut rezeki jugak kan? Bagaimanapun, pengamalan supplement semulajadi yang teratur dan konsisten sangat membantu kekMa kekal cergas.
Apa uang menarik, set ini ada Energizing Soy Protien yang memberi rasa selesa pada perut, multivitamin, minyak ikan, viramin C, B-Complex dan penting juga, kalsium. Di entry lain kekMa cerita kenapa kekMa pilih set ni ya.
Begitulah 6 tips pulang dengan gembira untuk kebahagiaan keluarga kita. Anak masih kecil, ditinggalkan di rumah pengasuh sampai petang, kita pulak, balik dengan keletihan sedangkan anak dah tentu rindu nak bercerita nak main dan bergurau dengan kita.
Jangan jadikan alasan penat sebagai sebab untuk kita ketepikan permintaan mereka. Cuba fikir balik, kita kerja penat-penat untuk siapa? Nak lebih mudah, buat mobile bisnes. Jana pendapatan dari rumah, macam kekMa sekarang 😊 Anak depan mata 24jam. Urusan di hujung jari, anak di depan mata 😉
Jom join #smartmomma group sekarang! Contact kekMa tau!
Call/sms: 018-6603207
Whatsapp: 0186603207
Facebook:Nur Hasyimah Yunus
Fb page: ArissaVitaShoppe
Instagram: @syima.shaklee
Menarik tips yang dikongsikan
ReplyDeleteTerima kasih. Ni daripada pengalaman sendiri je.
Delete