Strok haba

Umum mengetahui suhu normal manusia adalah 37 darjah celsius. Namun dengan cuaca yag terik dan panas, suhu badan boleh meningkat dengan cepat dan mengakibatkan strok haba. Strok haba boleh berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat sehingga 40.5 darjah celcius atau lebih akibat terdedah kepada cuaca panas yang berterusan.
Antara punca berlakunya strok haba adalah kekurangan air dan garam galian dalam badan dalam jumlah yang banyak.
Berikut merupakan antara tanda-tanda strok haba:
🌞 Suhu badan meningkat secara mendadak sehingga 41°C
🌞 Denyutan jantung menjadi cepat
🌞 Pernafasan menjadi cepat dan pendek
🌞 Tekanan darah menurun
🌞 Badan terasa kering dan panas
🌞 Rasa tidak selesa, keliru dan mungkin menjadi tidak sedar
🌞 Rasa kepala berpusing
🌞 Pening
🌞 Rasa mual
🌞 Sawan atau pengsan
Jika ada rakan anda yang terkena strok haba, antara tindakan yang boleh membantu mangsa adalah:
✅Alihkan mangsa ke tempat berbumbung atau berhawa dingin.
✅Sejukkan mangsa dengan selimutkannya dengan kain lembap atau siramkan dengan air sejuk.
✅Berikan udara segar, halakan  kipas secara terus atau anginkan mangsa
✅Sekiranya mangsa sedar, berikan minuman sejuk dan segar.
✅Dapatkan bantuan perubatan melalui talian 999.


Bagaimanapun, mencegah lebih baik daripada mengubati. Tindakan berikut harus dipatuhi untuk mengelakkan strok haba:
🚫Elakkan membuat aktiviti fizikal di bawah sinaran matahari yang berpanjangan.
✅Banyakkan minum air kosong 3-4 liter sehari, minum setiap 15minit, sebelum rasa dahaga.
✅Amalkan pemakanan sihat dan seimbang

Menurut Datuk Dr Singaraveloo, Pakar Perubatan Hospital Pakar KPJ Johor menjelaskan mereka yang tidak biasa berada dalam cuaca panas matahari lebih berisiko untuk terkena strok haba. Ini termasukalah kanak-kawan di bawah 5 tahun, pesakit kronik dan mereka yang berusia lebih 65tahun.


KekMa memberikan keluarga air rasa oren untuk kekal terhidrat. Air oren ini merupakan air isotonik tanpa gas yang kurang gula. Sangat sesuai buat seisi keluarga. Lagi-lagi suami kekMa yang kerja bengkel kabinet. Ehhh air ni bancuh pekat letak ais memang umpphhh ni!

Mari contact kekMa untuk dapatkan Performance Drink!

Call wasap : 018-6603207
Facebook: www.facebook.com/n.hasyimah.yunus
Facebook page: Arissa VitaShoppe


Comments

Popular Posts