Mesti ke pergi solat jumaat?
Hari ini kekMa teman cikAbam buat urusan, dan kami singgah untuk membolehkan cikAbam pergi solat jumaat. Sedang ralit buat apa yang patut sementara dengwr khatib sampaikan khutbah, kelihatan abam2 posmen duk cari parking nak g solat. Alhamdulillah.
Jadi tergerak hato kekMa nak kongsikan apa itu solat jumaat. KekMa refer http://jaipk.perak.gov.my/koleksi-solat/151-solat-jumaat
Solat Jumaat ialah solat fardu yang dilakukan pada setiap hari Jumaat menggantikan solat Zohor, secara berjemaah selepas mendengar khutbah. Solat Jumaat itu hukumnya Fardhu Ain, dengan kata lain, wajib!
Firman Allah dalam surah Al-Jumuah ayat 9 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya],"
Sabda Rasulullah SAW:
"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." - Riwayat Abu Dawud & Hakim.
Siapa yang wajib menunaikan solat jumaat ni?
1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
2. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
3. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
4. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
5. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
6. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
7. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.

Korang yang nak excuse solat jumaat tu, masuk katergori yang mana? 😶
Nak solat kena tahu apa yang menjadikan solat kita sah kan? Ni syarat sah solat Jumaat:
1. Didirikan di dalam waktu Zuhur.
2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
4. Didahului dengan dua khutbah.

Jadi kalau tak dengar khutbah, agak2 sah x solat jumaat? Jangan saja-saja lewat ke masjid ye.
Namun jika korang tergolong dalam golongan dibawah ni, korang dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa:
1. Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.
2. Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid. Hujan renyai2 tak kira ye.
3. Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.
4. Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi. Orang Malaysia insya Allah tak ada perkara seumpama ini.

Jadi agak-agak korang masuk kategori wajib g solat jumaat x? Jom saling mengingatkan perkara kebaikan dan kebajikan. Kubur memang lain-lain, tapi kita takkan bergolek dan kambus sendiri kubur kita. Jom kita perbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Semoga kita memperoleh syafaat Baginda di akhirat kelak.
Salam Jumaat daripada kekMa.
Jom join #smartmomma group sekarang! Dan jana pendapatan mengikut kemahuam anda! Contact kekMa tau!
Call/sms: 018-6603207
Whatsapp: 0186603207
Facebook:Nur Hasyimah Yunus
Fb page: ArissaVitaShoppe
Instagram: @syima.shaklee
Comments
Post a Comment