Saya hamil ke tidak?

Saat paling membahagiakan bagi seorang isteri adalah bila isteri itu hamil. Tapi macam mana nak tahu hamil ke tidak?

Ini adalah antara cara nak detect kehamilan.

1) Bagi yang ada jadual period yang teratur, lebih mudah nak kesan. Bila period tak muncul pada tarikh yang sepatutnya, lewat, adalah tu yang tak bagi dia keluar. Jeng jeng jeng!

Bagaimanapun, memang ada wanita yag terus datang bulan walaupun sebenarnya hamil.

2) Rasa sakit macam nak period, tapi tak muncul periodnya. Bukan sakit sangat, macam sengal2 je. Ni kekMa kena paling ingat masa hamil anak sulung. Sepatutnya waktu period. Tapi tak period pun. Sakit macam senggugut. Sedangkan kekMa lama dah tak kena sengugut. Pangkal paha pun rasa sengal tak selesa. Ni simptom biasa sebab baby baru nak menempel kat dinding rahim ibu. Tabah ye.

3) Pening dan mual. Ini kekMa tak rasa masa anak pertama. KekMa cuma muntah sikit je lepas berus gigi waktu pagi. Muntah tu warna oren, macam orange jus tu. Tapi memang sekali sehari je. Alhamdulillah.

4) Seperti yang kita tahu, nak tepat memang kena buat ujian urine.  Beli UPT. Urine Pregnancy Test kit. KekMa dulu beli kat farmasi je. Brand pun brand farmasi tu juga. Hat paling murah. Sebab? Nanti pergi klinik, doktor buat test lagi. Guna UPT juga. Hihi.

Macam mana nak guna? 

Selepas 2minggu lewat period sepatutnya datang, dah boleh check. Yelah, saspen kan. Sebaiknya urine yang pertama selepas bangun tidur. 

Kenapa urine pertama lepas bangun tidur?
Masa bangun tidur urine masih pekat lagi-lagi sebelum sarapan. Jadi lebih mudah untuk detect hormon  'human Chorionic Gonadotropin' (hCG). Hormon hCG ni dikeluarkan oleh plasenta iaitu uri setelah ia menempel pada rahim. 
Jadi ujian menggunakan urine sebelum sarapan adalah lebih baik.

Bagaimanapun juka anda melakukan rawatan kesuburan dan menerima suntikan hCG, dicadangkan agar anda melakukan ujian urine selepas 2 minggu lewat period. 

Pada UPT, jika anda dapati 2 garisan, maka tahniah, anda hamil. Jika hanya ada 1 line, sila cuba lagi 💪💪💪 dan jangan berdukacita. Hihi.

Walaubagaimana pun, kita tetap perlu pergi berjumpa doktor untuk mengesahkan kehamilan. Malah scan dan ujian darah juga dilakukan untuk memastikan keadaan janin.

Lebih penting untuk kita dapatkan nasihat doktor berkenaan tahap kesihatan kita. Kemudian ambillah vitamin dan supplement untuk melegkapkan kekurangan nutrisi dalam permakanan kita.

Contohnya, apabila kita merancang untuk hamil, kita disarankan untuk mengambil asid folik seawal 3 bulan sebelum hamil. Ini penting untuk pertumbuhan bayi.


Setelah pastikan kehamilan, kekMa amalkan pengambilan vitamin daripada set hamil ni. Alhamdulillah, perbezaan ketara terhadap kesihatan anak2. Anak sulung selalu bersin, syukur anak kedua dan ketiga jarang mengalami demam dan lain-lain. 

Kesilapan kekMa semasa hamil anak pertama tidak kekMa ulangi semasa kehamilan kedua dan ketiga. Hasilnya alhamdulillah. 

Jadi, jom bantu bina kesihatan anak kita dari dalam rahim dengan memberikannya nutrisi yang baik. Hubungi kekMa untuk mendapatkannya! 

Harga rendah? KekMa berikan harga lebih baik dengan sign up sebagai ahli. Jimat berbaloi-baloi! Best ke best?

P/s: kekMa sedang mencari anda yang nak menambah pendapatan, dengan gaya mobile. Wasap kekMa ye!


Call/sms: 018-6603207
Whatsapp: 0186603207
Fb page: ArissaVitaShoppe
Instagram: @syima.shaklee

Comments

Popular Posts